DOKUMEN PERNIAGAAN

  1. Perniagaan ialah aktiviti menjual dan membeli barangan atau perkhidmatan
  2. Dokumen perniagaan ialah keterangan atau cacatan bertulis yang sah tentang urus perniagaan yang telah dijalankan
  3. Kepentingan Dokumen Perniagaan
    1. Mengandungi maklumat tentang jual beli seperti tarikh, butiran barangan atau perkhidmatan, kuantiti dan harga
    2. Menjadi bukti bahawa perniagaan itu telah dijalankan
    3. Mengandungi pengesahan penerimaan dan pengeluaran barangan dan perkhidmatan
    4. Menjadi rujukan semasa membuat akaun perniagaan
  4. Kepentingan Menyimpan Dokumen
    1. Memudahkan mencari dan membuat rujukan
    2. Lebih terjamin keselamatan dokumen
  5. Cara Menyimpan Dokumen
    1. Dokumen boleh disimpan secara manual dan elektronik
    2. Penyimpanan secara manual disimpan dalam fail dan buku rekod
    3. Penyimpanan secara elektronik disimpan dalam disket atau cakera keras
  6. Jenis-Jenis Dokumen
    1. Jenis-jenis dokumenyang digunakan terbahagi dalam 3 proses
      Sebelum
      Jual beli
      Semasa
      Jual beli
      Selepas
      Jual beli
      1. Surat tanya
      2. Katalog
      3. Sebut harga
      4. Senarai harga
      5. Borang Pesanan
      1. Nota serahan
      2. Invois
      3. Nota debit
      4. Nota Kredit
      1. Penyata akaun
      2. Resit
      3. Bil Tunai
    2. Surat Tanya
      Surat yang dikirimkan oleh pembeli kepada pembekal/peniaga
      Surat yang bertanyakan maklumat yang lebih lanjut mengenai barangan yang ingin dibeli

      • Perkara-perkara dalam surat tanya
        1. Jenis barang dan kuantiti barang yang ingin dibeli
        2. Harga barangan dan syarat pembayaran
        3. Syarat serahan dan pembayaran
        4. Tarikh serahan
    3. Katalog
      Bahan bercetak dalam bentuk buku atau helaian pamplet/browser

      • Perkara-perkara dalam katalog
        1. Gambar barangan dalam warna
        2. Nombor rujukan atau kod barangan
    4. Sebut Harga
      Surat yang dikirimkan kepada membeli yang menyatakan butiran barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

      • Perkara-perkara penting dalam sebut harga
        1. Jenis barangan
        2. Jenama barangan
        3. Harga barang
        4. Kadar diskaun niaga dan diskaun tunai
        5. Syarat serahan dan syarat pembayaran
    5. Senarai harga
      Surat yang dikirimkan kepada pembeli yang menyatakan butiran baranga dan harga yang ditawarkan
    6. Borang pesanan
      Dokumen yang mengandungi maklumat baarang dan harga barangan yang akan dibeli
    7. Nota serahan
      Dokumen yang mengandungi senarai barangan dan kuantiti barang yang diserahkan
    8. Invois
      Dokumen yang menyatakan senaran barang kuantiti dan harga serta jumlah bayaran bagi barangan yang telah diserahkan
    9. Nota Debit
      Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk membetulkan kesilapan yang terdapat dalam invois
    10. Nota kredit
      Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli telah dikenakan bayaran lebih daripada yang sepatutnya
    11. Penyata akaun
      Dokumen yang dikeluarkan setiap hujung bulan atau suatu tempoh tertentu yang mennyatakan senarai urusniaga dan pembayaran yang telah dibuat.
    12. Resit
      Dokumen yang mengandungi maklumat pembayaran dan menjadi bukti penting bahawa pembayaran telah dibuat
    13. Bil Tunai
      Senarai barangan ,kuantiti , harga dan jumlah pembayaran yang dibuat secara tunai
  7. Maklumat Penting Dalam Dokumen
    1. Mengenal pasti maklumat penting
    2. Kegunaan dokumen bagi menyediakan akaun
About these ads