A. Definisi Pergerakan

  • Pergerakan ialah jarak yang dihasilkan oleh suatu titik pada kedudukan yang baru
B. Jenis Pergerakan

  1. Pergerakan mekanikal
    • Pergerakan mekanikal ialah pergerakan yang dikawal secara terus oleh manusia
    • Pergerakan ini dilakukan secara
      i. Manual ii. menggunakan enjin iii. menggunakan elektrik


    Pergerakan manual

  2. Pergerakan elektromekanikal
C. Pergerakan Mekanikal

  1. Pergerakan terbahagi kepada dua
    • Gerakan lurus
      – gerakan ke atas dan ke bawah atau gerakan ke hadapan dan ke belakang
    • Gerakan Putaran
      – gerakan arak ikut jam atau gerakan arah lawan jam
      Jam – contoh gerakan putaran
  2. Pergerakan dapat dikawal dengan
    • mengawal tenaga atau daya yang dikenakan ke atas objek
    • menambahkan gear atau takal untuk menjadikan gerakan lebih teratur dan sempurna


Pengangkat kereta – contoh pergerakan lurus (atas bawah)

  1. Takal dan tali sawat
    1. Definisi
    2. Ciri-ciri
      • Digerakkan oleh motor
      • gerakan dihasilkan adalah gerakan putaran
      • kelajuan sukar diubah
    3. Contoh pergerakan menggunakan takal dan tali sawat
      • Mesin gerudi lantai
      • mesin jahit
      • Mesin penguli doh
      • Mesin pengisar tebu

    Sistem takal mesin gerudi meja/lantai
  2. Gear

    1. Definisi
      • Gear adalah piring silinder yang dikelilingi oleh gigi-gigi gear
      • Gear diperbuat daripada logam dan PVC atau plastik
    2. Fungsi Gear
      • Fungsi gear bergantung kepada jenis gear
      • Umumnya gear digunakan untuk
        1. Menghantar kuasa dan pergerakan
        2. memperlahankan pergerakan dan melajukan pergerakan
        3. menukar gerakan getaran putaran kepada gerakan lurus atau gerakan turun naik

      Contoh Fungsi gear

      Gear dalam kotak gear kereta Gear dalam pemain CD/VCD/DVD
      berfungsi memperlahankan dan melakukan pergerakan kereta berfungsi memutarkan CD dan membuka dan mengeluarkan/memasukan CD

    3. Jenis Gear
      1. Gear taji
      2. Gear serong
      3. Gear belitan
      4. Gear rak dan pinan
      5. Gear heliks

Gear taji

Gear belitan

Gear rak dan pinan

Gear serong
D. Pergerakan Elektromekanikal

  1. Definisi
    • Pergerakan elektromekanikal ialah pergerakan yang dimulakan dan dikawal oleh litar elektronik
  2. Ciri-ciri
    • Terdapat litar elektronik
    • Menggunakan elektrik untuk mengawal sistem
    • Diprogramkan
  3. Psoses
    • Suis bekalan kuasa dihidupkan (on)
    • Litar elektronik menggerakkankan motor dan mengawal tindak balas lain-lain bahagian atau suis
  4. Contoh-contoh pergerakan elektromekanikal
    • Kamera digital
    • Kereta mainan kawalan jauh
    • Pemain CD,VCD dan DVD
    Kamera digital Robot