ALATAN TANGAN KERJA PAIP

    1. Perengkuh paip

      • Kengunaan – untuk memegang batang paip BG ketika memasang atau membuka penyambung paip
    2. Sepana boleh laras

      • Kegunaan – untuk membuka kepala pili
    3. Sepana hujung terbuka

      • Kegunaan – untuk membuka kepala pili
    4. Playar gabung

      • kegunaan – untuk memegang objek silinder, memotong wayar dan memutar nat kecil
    5. Playar muncung tirus (halus)

      • Kegunaan – untuk memegang benda-benda kecil ditempat yang sempit

 

    1. Kikir bulat (kikir ekor tikus)

      • kegunaan – untuk membuang gerigis bahagian dalam paip BG
    2. Kikir rata

      • kegunaan – untuk membuang gerigis bahagian hujung paip BG
    3. Pelocok
      • kegunaan – untuk membuang kekotoran daripada perangkap sinki
    1. Pita pengukur

      • Untuk mengukur jarak dan panjang batang paip
    1. Gergaji besi

      • Untuk mememotong batang paip BG dan PVC
    1. Pemotong paip beroda

      • Kegunaan – untuk memotong batang paip BG

 

    1. Pengulir luar
      • Kegunaan – untuk membuat bebenang luar (ulir luar) pada hujung batang paip BG
    2. Ragum paip yoke

      • Kegunaan – untuk memegang batang paip BG ketika kerja membuat bebenang dan memotong batang paip
    1. Pemotong paip PVC

      • Kegunaan – untuk memotong batang paip pvc dan paip poli
    1. Pelayar cengkam ragum

    • Kegunaan – untuk mencengkam batang paip dengan kukuh

 


JENIS PAIP

    1. Paip Besi Galvani
      • Dibuat daripada besi galvani
      • Ciri-cirinya
        1. Tahan lasak
        2. Tidak mudah patah
        3. Berat
        4. Tahan haba tinggi
        5. Boleh berkarat
        6. Dibahagikan kepada 2 jenis gred ketebalan

    1. Paip PVC
      • Diperbuat daripada PVC (Polyvinyl Chloride)
      • Ciri-ciri
        1. Murah
        2. Ringan
        3. Tidak tahan panas
        4. Mudah patah dan pecah
        5. Dijual dalam dua gred ketebalan

    1. Paip Poli
      • Paip getah tiruan hitam (HDPE)
      • Ciri-ciri
        1. Tahan karat
        2. Tidak mudah patah
        3. Mudah disambung dan mudah ditanggalkan
        4. Liat dan elastik
        5. boleh dilentur

Pip BG Pipi Poli Paip PVC

 


JENIS PENYAMBUNG PAIP

Jenis penyambung

Paip BG Paip PVC Paip Poli
1 Soket sana ada ada ada
2 Soket pengecil ada ada ada
3 Siku 90º ada ada ada
4 T sama ada ada ada
5 T pengecil ada ada ada
6 Penyuai soket injap ada ada ada
7 Penyuai soket PT ada ada ada
8 Puting heksagon ada tiada ada
9 Palam ada ada tiada
10 Soket Penjodoh ada tiada ada
    1. Soket
Soket sama Soket pengecil
  • Digunakan untuk menyambung paip yang sama saiz diameter
  • Digunakan untuk menyambung paip yang berbeza saiz diameternya
    1. Siku 90º
Siku 90º sama Siku 90º pengecil
  • Digunakan untuk mengubah arah sambungan paip yang bersudut 90º
  • Digunakan untuk mengubah arah sambungan dua paip berlainan saiz yang bersudut 90

 

    1. T
T sama T pengecil
  • Digunakan untuk menambah sambungan paip
  • Digunakan untuk menambah sambungan paip yang berbeza diameternya
    1. Puting Heksagon

    • Digunakan untuk menyambung dua soket sama atau dengan soket penyuai PT
    • Digunakan untuk menyambung dua jenis paip yang berlainan seperti paip BG dengan paip PVC
  1. Soket
    Penyuai Soket PT Penyuai soket injap
    • Digunakan untuk menyambung batang paip dengan pili
    • Digunakan untuk menghubungkan dua jenis paip yang berlainan seperti paipPVC dengan paip BG
  2. Palam
    • Digunakan untuk menutup hunjung paip yang tidak digunakan
  3. Soket penjodoh
    • Digunakan untuk menyambung dua batang paip BG tanpa mengubah kedudukan penyambung yang lain

Contoh penyambungan paip


A = Pili, B = soket sama, C = puting heksagon, D = siku 90, E = paip BG 20,
F = T pengecil, G = paip BG 13 , H = paip BG 20 , I = soket penjodoh, dan J = palam


BAHAN PENYAMBUNG

    1. Pita PTFE
      – Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis.
      – digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan mengukukuhkan sambungan paip BG

 

    1. Glu PVC
      – adalah sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering
      – glu PVC disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat sambungan

    • Digunakan untuk melekatkan sambungan paip PVC

PILI


I. Pili berbibir II. Pili bertiang

    1. Kegunaan
      – mengawal pengaliran keluar air daripada hujung paip
    2. Jenis
      1. Pili bertiang
        – mempunyai alur masuk menegak
      2. Pili berbibir
        – mempunyai alur masuk melintang
    3. Bahagian
A = Pemulas
B = gandar
C = Nat Penyendal
D = Nat Pili
E = Pelompat
F = Alur keluar
G = Sesendal
H = alur masuk
  1. Penyelenggaraan
    1. Menggantikan pelompat
      • Pelompat perlu digantikan baru apabila air di dapati menitik berterusan walaupun pili telah ditutup
    2. Menukar kepala pili
      • Kepala pili perlu digantikan apabila
        • pili tidak dapat dikunci dengan ketat
        • air terus keluar daripada bahagian nat pili dan hujung bibir

SINKI DAN PERANGKAP SAMPAH

  1. Kegunaan
    • Singki digunakan untuk menadah air semasa tangan dan peralatan
    • Perangkap sampah digunakan untuk menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah
  2. Jenis Sinki dan Perangkap
    1. Perangkap ‘P’
    2. Perangkap ‘S’
    3. Perangkap botol
  3. Membersihkan perangkap
    1. Menggunakan pelocok
      – Pelocok boleh digunakan sekiranya sinki tidak tersumbat dengan teruk
    2. Membuka dan mencuci bahagian kedap
      – Bahagian kedap perlu dibuka dan kekotoran yang terperangkap di dalamnya hendaklah ditarik keluar dengan dawai keras


    Sinki


    Mengeluarkan kotoran daripada kedap perangkap sinki


    I. Perangkap ‘S’ II. Perangkap ‘P’ III. Perangkap botol


SISTEM BEKALAN AIR

  1. Sistem bekalan di rumah terbahagi kepada dua
    1. Sitem bekalan terus
    2. Sistem bekalan tidak terus
  2. Sistem bekalan tidak terus menggunakan tangki simpanan air untuk membekalkan air untuk kegunaan bilik air dan tandas


Sistem bekalan air tidak terus
A = paip bekalan , B = meter air , C = paip perkhidmatan, D = paip perkhidmatan,
E = kunci paip , F = tangki simpanan air , G = tab mandian dan tandas,
H = tab sinki cuci tangan , I = sinki dapur , J = paip agihan

TANGKI SIMPANAN AIR

    1. Kegunaan
      – untuk menyimpan air dan membekalkan bagi penggunaan tandas dan bilik mandi serta di waktu kecemasan
    2. Bahagian dan fungsi

Bahagian Fungsi
A Kunci paip mengawal kemasukan air ke dalam tangki melalui paip perkhidmatan
B Paip perkhidmatan Membekalkan air ke dalam tangki simpanan
C Injap masuk Mengawal kemasukan air ke dalam tangki
D Pelambong Mengawal paras air dalam tangki
E Paip cuci Mengeluarkan air semasa kerja mencuci
F Kunci paip Membuka dan menutup paip cuci
G Paip Agihan Membawa air ke bahagian-bahagian dalam rumah
H Paip limpah Mengeluarkan air sekiranya injap rosak
I Penutup tangki Melindungi air dalam tangki daripada pencemaran

TANGKI SIMBAH

    1. Kegunaan
      Membekalkan air ke dalam mangkuk tandas pada masa yang betul
    2. Bahagian dan fungsi

Bahagian Fungsi
A Paip Limpah Mengeluarkan air yang berlebihan
B Pelampung Mengawal paras air dalam tangki
C Lengan Pelampung memegang pelempung dan menghubungkannya dengan injap bebeola
D Tuib sifon Menolak air dengan kuat ke dalam mangkuk tandas
E Paip alur keluar Membawa air ke dalam mangkuk tandas
F Injap gegendang Memulakan gerakan menolak air ke dalam mangkuk tandas
G Injap bebeola Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah
H Paip alur masuk memasukkan air ke dalam tangki simbah

 

  1. Jenis tangki simbah
      1. Tangki simbah aras rendah
        Dipasang satu meter dari lantai
      2. Tangki simbah aras tinggi
        Dipasang dua meter dari lantai


    i. Tangki simbah aras rendah ii. Tangki simbah aras tinggi